"Alhamdulillah, atas kesempatan dan waktu yang diberikan oleh Allah untuk menulis sedikit catatan agar dapat memberi inspirasi dan suntikan semangat kepada sahabat handai serta pembaca umumnya.
Mungkin tajuk di atas kelihatan "selective" terhadap medan pembaca, tetapi initipati sebenar di dalam nukilan artikel ini lebih bersifat umum dan terbuka. Penulisan ini juga adalah penulisan bersifat sedikit formal dan tidak formal.
Walaubagaimanapun, penulisan ini lebih bersifat inspirasi dan motivasi seperti penulisan dari seorang penulis istimewa, Nick Vujicic. Mungkin penulisan ini tidak sehebat beliau, tetapi mudah-mudahan penulisan ini mampu memberikan sedikit sumber inspirasi kepada pembaca"
Jurnal 3:
6 julai 2014
Sahabat? Kawan? Friend? BFF? Member?
Semua di atas memiliki maksud yang sama iaitu : S.A.H.A.B.A.T
Sejauh mana abang/ kakak/ adik/ pakcik/ makcik/ tuan/ puan/ datuk/ datin faham pengertian sahabat tersebut? Cuba tanya dalam hati masing-masing, sahabat itu apa sebenarnya. Apakah kegunaannya, apakah manfaatnya, apakah kepentingannya, apakah........ (hang pikir lah sendiri). Kita boleh berjumpa ramai jenis manusia yang bermacam kerenah dan perangainya dalam bersahabat. Saya listkan dibawah jenis-jenis sahabat seperti yang tertera di kaca komputer anda di bawah:
1. Sahabat kerana duit
- Yang ni best, masa "member" masuk gaji/bonus, ini adalah peluang! Waktu inilah kita minta untuk belanja makan kat seoul garden ke, sakura ke, laman grill ke, vivo ke, kfc ke. Takpun kita "pow" untuk pergi melancong ke korea (ini sudah melampau sangat ni). Sesiapa yang kaya dan berduit, maka dia adalah sahabat kiter. "no money, no friend". Malulah orang tengok kiter kawan dengan orang yang tak de duit, tak de kelas gitew.
------> bagi sesiapa yang suci hatinya mungkin berasa ragu-ragu tentang kewujudan sahabat seperti ini. Namun, hakikatnya ia tetap wujud! Tsiqoh lah!
Kamus : tsiqoh = percaya
2. Sahabat kerana kepentingan
- Zaman sekarang perlu ada "cable" besar untuk kerja/naik pangkat/naik gaji dan sejemaah dengannya. Maka, jika tiada sahabat yang boleh beri kepentingan macam ni, tak boleh hidup jika macam tu. Sesiapa yang ada "line" unifi untuk kiter dapatkan sesuatu, maka dialah sahabat sejati kiter. Sesiapa yang ada "line" siput jeerrrr, dia biasa-biasa je dengan kiter. "Helo", zaman sekarang nak hidup kena buat macam ni ok.
-----> saya rasa mesti ada yang pernah berjumpa dengan orang sebegini. Terutama golongan bos/pengarah/CEO dan sebagainya. Hati-hatilah jika anda berjumpa dengan mereka wahai tuan pengarah.
3. Sahabat kerana rupa
- Malulah kalau kawan dengan orang yang tak smart. Jatuh air muka kiter kat depan orang ramai. Budak-budak kampung yang pakai baju-baju murah macam ni tak main lah. Saya ni perasan cantik/hensem, maka kena lah berkawan dengan orang-orang yang serupa dengan saya.
-----> sahabat macam ini tidak hanya wujud dalam sinetron/drama, di alam realiti ia tetap wujud!
4. Sahabat kerana darjat
- Saya sekarang pegang jawatan CEO dalam syarikat. Berkawan dengan orang bawahan pasti mengundang rasa tidak hormat dalam kalangan penjawat. Maka, selayaknya orang yang berpangkat macam saya adalah sahabat yang sebenar.
-----> sahabat macam ini tidak hanya wujud dalam kalangan CEO je, termasuk juga dalam kalangan penjawat awam, pelajar dan sejemaah dengannya.
5. Sahabat tidak tahu tujuan
- Saya main redah je. Sesiapa yang saya jumpa di pasar, kelas, taman rekreasi maka dia akan jadi sahabat saya. Tujuan? tak tahulah sebabnya kenapa. Saya pun tak tahu kenapa saya jadi macam ni. Mungkin sejak kecil saya suka makan kepsi kot (tak de kaitan~~).
-----> Golongan seperti ini ramai. Sekian terima kasih.
6. Sahabat sama bulu
- Saya kawan dengan rakan senegeri saya je. Di luar negeri maka dia bukan sahabat saya. Kita kena ada semangat patriotik dan kenegerian. Sesiapa yang saya jumpa adalah satu negeri dengan saya, secara automatik dia adalah sahabat saya. Saya akan mula buat kelompok-kelompok jemaah negeri dimana-mana sahaja saya berada tanpa menghiraukan yang lain.
-------> Saya selalu jumpa. Siapa yang makan cili, dialah yang terasa pedasnya. Ok "bye".
7. Sahabat kerana Allah
- Sahabat yang saya jumpa itu adalah penting untuk saya. Tidak kira cantik/hensem, kaya/miskin, pangkat besar/rendah, senegeri/lain negeri. Sebab apa penting? kerana ikatan persahabatan tersebut mampu untuk mendapatkan redha Allah. Jika mereka buat silap, saya akan tegur agar mereka kembali kepada Allah. Jika mereka berbuat baik, saya akan hargai perbuatan baik mereka dengan mendoakan kebaikan buat mereka. Saya berjumpa dengan mereka semata-mata untuk tegakkan syariat Allah, saya berpisah dengan mereka juga semata-mata atas tuntutan yang sama, tidak lebih dari itu.
------> Jarang sekali kita berjumpa sahabat seperti ini. Tepuklah dada, tanyalah iman.
Lihat, dimanakah kita letakkan diri kita dalam bersahabat. Hidupnya kita di atas muka bumi Allah hanyalah sebentar. Seperti kata omputeh, "life is like a brief candle". Tidak mahukah kita untuk menjadikan sahabat itu bermanfaat buat diri kita di hari pembalasan nanti? Di dalam sebuah hadis shahih ada menceritakan (lihat appendix), antara golongan yang akan mendapatkan naungan Allah adalah orang yang berkasih sayang kerana Allah, mereka bertemu kerana Allah dan mereka berpisah kerana Allah.
Allah..... kita ni mungkin amalan kurang, ibadah kurang, zikir kurang, hafalan quran kurang dan segalanya kekurangan. Maka inilah semudah perkara yang mampu kita lakukan hakikatnya. Jika tidak mampu, balik je la kampung tanam sayur.
Jika selama ini tujuan kita bersahabat itu adalah selain dari no 7, maka inilah masanya kita lakukan "transformasi minda"! yeah kita boleh! kunci kejayaan kita yang besar hakikatnya bukan sebab diri kita semata-mata. Namun, datangnya dari redha Allah. Ya! redha Allah. Jika Allah redha, maka mudahlah urusan kita di dunia dan akhirat.
Mudah-mudahan kita adalah insan yang terpilih untuk berada di bawa nanungan Allah di hari yang tiada naungan selain dari naunganNya. amin!
Wallahualam
Appendix :
سَبْعَةٌ يُظِلُّهُمْ اللَّهُ فِي ظِلِّهِ يَوْمَ لَا ظِلَّ إِلَّا ظِلُّهُ: الْإِمَامُ الْعَادِلُ وَشَابٌّ نَشَأَ فِي عِبَادَةِ رَبِّهِ وَرَجُلٌ قَلْبُهُ مُعَلَّقٌ فِي الْمَسَاجِدِ وَرَجُلَانِ تَحَابَّا فِي اللَّهِ اجْتَمَعَا عَلَيْهِ وَتَفَرَّقَا عَلَيْهِ وَرَجُلٌ طَلَبَتْهُ امْرَأَةٌ ذَاتُ مَنْصِبٍ وَجَمَالٍ فَقَالَ إِنِّي أَخَافُ اللَّهَ وَرَجُلٌ تَصَدَّقَ أَخْفَى حَتَّى لَا تَعْلَمَ شِمَالُهُ مَا تُنْفِقُ يَمِينُهُ وَرَجُلٌ ذَكَرَ اللَّهَ خَالِيًا فَفَاضَتْ عَيْنَا
Maksudnya,
“Ada tujuh golongan manusia yang akan mendapat naungan Allah pada hari yang tidak ada naungan kecuali naungan-Nya:
1. Pemimpin yang adil.
2. Pemuda yang tumbuh di atas kebiasaan ‘ibadah kepada Rabbnya.
3. Lelaki yang hatinya terpaut dengan masjid.
4. Dua orang yang saling mengasihi kerana Allah, sehingga mereka tidak bertemu dan tidak juga berpisah kecuali kerana Allah.
5. Lelaki yang diajak (berzina) oleh seorang wanita yang mempunyai kedudukan lagi cantik lalu dia berkata, ‘Aku takut kepada Allah’.
6. Orang yang bersedekah dengan sembunyi-sembunyi, hingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diinfakkan oleh tangan kanannya.
7. Orang yang berzikir kepada Allah dalam keadaan sendiri hingga kedua matanya basah karena menangis.”
(HR Al-Bukhari no. 620 dan Muslim no. 1712)