Mengenai Penulis





  • Alhamdulillah, pada 26 November 1989 saya telah dilahirkan di sebuah hospital di Kuala Lumpur. Nama yang diberi oleh kedua ibu dan ayah saya sangat sedap apabila disebut, iaitu Muhammad Noorazlan Bin Abd Azis.
Nama panggilan saya ada banyak. Berikut adalah nama panggilan yang selalu disebut: "dek lan", "Azlan", "Lan", "Turbo" , "Akh azlan", "Azlan Wildan","Abang muhammad", "Abang wildan", "Dr. Azlan", "Ustaz Azlan", "adik"

Semua di atas adalah nama-nama yang pernah menjadi nama panggilan saya. Maka panggillah mana-mana yang anda suka kecuali "turbo". Nama tersebut hanya orang-orang yang tertentu sahaja dibenarkan panggil, disebabkan sikap "terbiasa". Maka elakkan. Saya serius! Ini serius! Serius! Serius betul ni!
  • Saya sangat berbangga dengan nama penuh saya ini kerana di antara keempat-empat adik beradik saya, hanya saya seorang memiliki nama "Muhammad". Walaupun dilahirkan di Kuala Lumpur, saya telah dibesarkan di Melaka dengan penuh perhatian dan kasih sayang.

Pendidikan awal di melaka sehingga menghabiskan SPM. Namun, terpaksa berpindah di negeri Pahang untuk melanjutkan pelajaran di peringkat Matrikulasi. Setelah itu, saya telah dimasukkan ke sebuah universiti di selangor untuk meneruskan pelajaran di peringkat sarjana muda.

Terbaru, saya telah mengambil jalan berani mati untuk meneruskan pengajian di peringkat PhD di universiti yang sama iaitu Universiti Putra Malaysia.

Sudah cukup mengenali? Anda akan lebih mengenali diri saya melalui penulisan-penulisan jurnal di dalam blog ini.

Penulisan di blog ini hanyalah sekadar perkongsian semata-mata. Tidak ada kaitan antara hidup dan mati. 

Selamat Membaca!


EmoticonEmoticon